Home » » Iphone 6!!!

Iphone 6!!!

Written By Unknown on Saturday 11 April 2015 | 21:49

Assalamualaikum. Hai semua. Lama dah x update blog ni.

3 minggu lepas saya dah berjaya membeli sebuah gadget idaman saya yg diidam-idamkan sejak dulu lagi. Iaitu... Jeng jeng jeng.... 

Iphone 6!

Yezza!!! Phone canggih tahap gaban yg jadi kegilaan ramai ni dah menjadi milik saya. Hasil usaha simpan duit jualan shaklee, main kutu, duit bonus kerja... Alhamdulillah...i am very happy. 

SAIZ SKRIN
Salah satu sebab saye beli adalah kerana saiznya yang dah besar dah sesuai utk saya pegang. Kalau dulu 4 inci ke skrin nya. Agak kecil untuk tangan saya yang giant ni. Sekarang, dah upgrade ke skrin 4.7 inci. Ok lah tu kan. Seronok sikit nak main game, chatting, blogging dan lain-lain lagi. kalo nak yang lagi besar, boleh beli yang iphone 6+. saiz skrin bucu ke bucu lebih kurang 5.5"

haaa lagi besar...

KAMERA IPHONE YANG SUPER FAMOUS
Lagi satu sebab saya beli fon ni adalah kerana kamera nya yang mmg canggih dan dikenali satu dunia. Depan 1.2 MP jer. Belakang 8MP jer. Tapi kejelasan gambar dia... fuh... Memang mantop! Saya amat puas hati dengan kebolehan kamera daripada syarikat Apple Inc. ni. nak terang lebih -lebih pun saya bukanlah pakar fotografi. tetapi kamera iphone ni mudah digunakan dan gambar yang kita ambil tu nampak cantik seolah-olah mcm professional. :)


Haaa ni contoh saya tangkap gambar guna kamera iPhone 6 ni. Cantik kan? Edit sikit, adjust filter dan taraa! Kek tu nampak lagi sedap. Hehe. tengok gambar di bawah pulak

p/s : gambar di atas telah dicompress utk memudahkan proses upload ke dalam blog ini.


ni kalau tak compress. hehe. tp lambat la nk upload sebab internet pun slow. :)



RAKAMAN VIDEO HD SLOW MOTION 
Lagi satu yg says kagum dgn kamera iphone ni, kalau rakam video, ada function slow motion. Memang sgt smooth slow motion die. Xde sangkut-sangkut pun. Kalau rakam gambar orang main air tu, memang menarik la. Dah macam2 benda saya rakam guna function ni. Memang terbaik lah. 

GRAPHIC GAMES YANG SUPER AWESOME!!
Saya memang kaki main game. Atau gamers. Jadi iPhone adalah gadget yang terbaik buat saya. Games seperti infinity blade, modern combat, pirate plunder, dead trigger, badlands, leo's fortune memang games yg graphicnya amat cantik dan hebat dan sudah optimise untuk enjin iphone. Tak puas mata ni tgk graphic games tu. satu pengalaman baru untuk gamers macam saya ni.

so far empat ciri inilah antara faktor-faktor utama yang membuatkan iphone 6 ni gadget idaman saya. alah membeli menang memakai. hehe. :)

jumpa lagi di entri yang akan datang. bye!

0 comments:

Post a Comment