Home » » Picit jerawat sampai meletup???

Picit jerawat sampai meletup???

Written By Unknown on Tuesday 6 January 2015 | 02:03

Jerawat. Siapa yang tak kenal dengan dia ni. Semua pernah ada pengalaman dengan jerawat. Part yang paling tak suka bila dia keluar time tak sesuai :

- time nak pergi interview
- time nak jumpa kawan
- time nak dating
- time nak kahwin

Part yang paling best? Picit la! Hehe. Saya sendiri tak pernah jerawat sendiri apatah lagi jerawat orang. Tapi selalu tengok kawan-kawan dok syok picit. Sampai leka tangan tu dok memicit. Sampai.. Pommmm!!! Meletup. Puas kan kalau dapat picit?

Saya sendiri tak dapat nak rasa pengalaman tu, sebab :
- tak tahan pedih bila kuku cium jerawat
- muka tak banyak jerawat
- tengok member yang rajin korek jerawat, makin banyak jerawat kat muka dia

Alhamdulillah, muka saya tak berjerawat. Kalau naik pun, sebijik dua je. Tak pernah naik sekali banyak. Tu pun kadang2 je naik. Syukur. Cuma kulit muka cepat kering kalau kurang minum air.





APA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM PICIT JERAWAT???

bila tengok jerawat dah 'masak', yakni kaler putih, tunggu masa je nak meletup tu. Kalau anda nak tahu, dalam kantung jerawat tu ada bakteria, nanah, dan lendir. Kulit luaran jerawat tu berfungsi sebagai rumah untuk mereka ni sebelum meletup.

Kalau kita korek, picit, cucuk, atau apa saja lah dengan jerawat tu, kantung tu akan pecah dan bakteria tu dikhuatiri akan tersebar ke bahagian lain liang pori muka kita. Dan ada risiko jerawat baru akan tumbuh.
Kalau kuku kita panjang, lagi lah masalah. Dikhuatiri kita akan korek jerawat tu dengan lebih dalam masuk ke kulit. Akan memburukkan situasi muka anda.

Lagi satu, kuku yang panjang akan menyebabkan bakteria baru dari kuku masuk ke muka bila kita tengah leka korek jerawat. No no no! Itu sangat tidak bagus.



PICIT JERAWAT MACAM PROFESIONAL

macam mana tu? Mengikut pakar, jerawat selok-eloknya dibiarkan sahaja. Jangan dipicit, korek, cucuk atau sebagainya. Biar dia masak dan meletup sendiri. ambil masa 3 hingga 7 hari.

Tapi bagi golongan yang memilih korek jerawat sebagai hobi, nafsu nak mengorek tu lebih hebat dari dibiarkan saja. So macam mana nak korek jerawat secara selamat?

1. Jangan korek terlalu awal. Tunggu sehingga jerawat masak / warna putih dahulu. Bila jerawat berwarna putih, maknanya bakteria, lendir, dan nanah tu dah dekat di permukaan jerawat dan bersedia untuk dibuang dari muka


2. Basuh tangan dengan air suam, sabun anti bakteria secukupnya untuk memastikan tangan betul-betul bersih. Pastikan kuku anda pendek

3. Ambil jarum atau pin baju, panaskan hujungnya dengan pemetik api utk steril kan dia. Biarkan sejum. Kemudian sapu alcohol swab di jerawat dan hujung pin tadi.

4. Sapukan alcohol ke jari anda juga, dan pastikan jari benar benar bersih dan kering

5. Pegang pin selari dengan jerawat, pasti hujung pin betul2 di tengah jerawat dan cucuk secara perlahan. Tak perlu gopoh.

6. Picit secara lembut jerawat tersebut. Sediakan tisu untuk lap. Kalau tiada lendir keluar,sila berhenti segera! Kerana itu bermaksud jerawat anda belum cukup masak lagi!

7. Selepas isi kandungan jerawat itu dah keluat habis, sapukan dengan alcohol swab (anda akan rasa pedih sedikit) untuk steril kan kulit anda. Kemudian basuh tangan anda dan teruskan hidup seperti biasa.



Selamat mencuba! :)

Mie gebu,
Founder : Vita Cravers
0196346216,
Shaklee id 1025051,
FB page : www.facebook.com/vitacravers13 , www.facebook.com/mariberhentimerokok13
email : vitacravers13@gmail.com

0 comments:

Post a Comment