Home » » Insufficient space on the device!

Insufficient space on the device!

Written By Unknown on Monday 5 January 2015 | 19:49

Pemilik handphone android seperti lenovo atau asus mesti pernah alami keadaan ni. Saya yakin. Especially time kita nak update apps atau nak install app/game baru. Mesti frust gile kan bila tak dapat install @ update app kegemaran kita?

Saya jugak alami situasi yang sama. Kecewa tak terkata. Cemburu tengok kawan2 punya Clash of Clan base mereka ada salji. Base kita tak ada salji. Ini semua gara-gara sebab "insufficient space in your phone" (padahal ada 500MB space lagi dalam phone)

Phone yang saya guna? Lenovo A880. 8 gig internal space. 8 gig ni tak cukup untuk saya yang suka main game melalui phone. :)

Apa yang saya buat untuk atasi masalah ini?





1. TANYA TAUKEH KEDAI PHONE

Apa yang dia suruh buat? Dia suruh factory reset kan phone kita. Sebelum tu make sure BACK UP DAHULU segala gambar, mp3, fail2 penting dalam phone kita. Beli satu memory card pastu transfer semua dalam tu. Atau save segalanya di PC kota. Lebih selamat. Kemudian factory reset phone kita. (Fungsi ni akan padam segalanya dari phone kita, termasuk residual file, cache, cookies, apps, games etc etc)
cara pertama saya tak buat. Sebab leceh. Nanti nak kena install balik segala app yang pernah ada dalam phone. Saya cuba cari cara lain.


2. CLEAR CACHE SETIAP APPS

Untuk setiap apps yang kita install, semakin kerap kita guna, semakin banyak cache file yang terkumpul. Contoh apps yang banyak cache file ni seperti Facebook, Instagram, web browser (flash fox, mozila)
Clear kan CACHE setiap apps ni utk tambahkan space dalam phone kita.
Lepas tu boleh la update atau install app baru yang kita nak. Cara ni leceh sikit, sebab nak kena clearkan cache setiap app secara manual.

Tapi lama kelamaan, cara ni pun kurang berkesan. Puncanya saya kurang pasti, tapi mungki ada hidden file yang kita tak boleh nak clearkan secara manual. Sebab saya perasan bila clear cache saya dah buat, masih lagi tak dapat nak install/update app. So terpaksa uninstall apps yang jarang guba untuk tambahkan space.





3. TAMBAH MEMORY CARD

Saya dah tambah memory card 16 gig ke dalam lenovo A880 saya. Dengan harapan nak transfer segala apps masuk ke memory card tu. Tapi gagal. Sebab fon saya tiada function 'move apps to SD card'. Jadi cara ni tak membantu. Saya hanya default kan storage saya ke memory supaya next app yang saya install terus masuk ke memory card tu.


4. Install CLEAN MASTER

Ni cara yang paling berkesan yang saya dapat tahu. Setelah banyak page yang saya google dan baca, cara ni yang paling best. Korang boleh search "clean master" kat google store. Kemudian install. Kemudian open apps tu. Dan tekan kat junk files. App ni akan tolong memudahkan kerja kita untuk clearkan segala cache/junk/residual file dalan phone kita.

Bila saya run apps ni, junk file dalam phone saya ada 1.06 gig!! Patut la tak dapat nak update apps. Dah takde space dah kat phone. Bila apps ni tolong 'bersihkan' segala junk file tu, baru saya lega. Sebab saya dah boleh update/install apps kat phone saya. Hooray! So happy. :D



Satu lagi fungsi app ni yang saya suka, dia boleh bagitahu kita untuk delete gambar-gambar yang sama dalam phone kita. Suka hati kita nak delete atau tak. Tiada paksaan. Tapi cara ni pun bagus untuk tambahkan lagi space dalam phone kita. Tak perlu bazir space phone dengan gambar yang sama sampai 4-5 keping. sebab kadang2 kita tak perasan yang kita ada gambar sama dalam phone.







Download Clean Master dalam phone anda sekarang dan biar dia tolong bersihkan phone kita. Yes, this app is totally FREE!

Cuba sekarang! :)

0 comments:

Post a Comment