Home » » TALI PINGGANG MURAH TAPI TAHAN

TALI PINGGANG MURAH TAPI TAHAN

Written By Unknown on Tuesday 11 November 2014 | 06:01

assalamualaikum pembuka bicara...

tali pinggang antara aksesori kaum lelaki. kalau tak pakai nanti seluar meleret ke bawah, dan nampak apa yang tak patut di nampak. dan kalau tak pakai nampak tak kemas. orang yang perut comel macam aku ni susah sikit nak cari tali pinggang bersesuaian. tak ramai jual tali pinggang saiz besar.

dah banyak tali pinggang aku beli, baik mahal atau murah. mahal tu bagi aku dalam range 60-100 lah. beli kat jusco. hehe. yang geramnya baru pakai enam bulan dah terkeluar 'kulit' dia. tanya promoter ni kulit original ke. memang angguk jelah kan. takkan tak nak angguk plak. dah mahal mcm tu. bila pakai tak tahan lama. so sakit gak hati ni.

tali pinggang pasar malam pun aku beli. saje nak try pakai. bila pakai tu ok. tapi biasalah, kejap je tahan. lepas enam bulan tu pecah sana pecah sini. ada sekali tu kepala tali pinggang tercabut! nasib baik dalam tandas. orang tak nampak. kalau tengah orang ramai? memang kena gelaklah aku... hahaha...

tali pinggang latest yang aku beli kat pasar malam area puchong utama. hari selasa pasar malam ni. berdekatan aeon big puchong utama. orang-orang puchong maybe tau la tempat ni. pak sedara aku punya kedai. dia dah pencen dan sekarang aktif berniaga pasar malam di serata lembah klang ni. dia jual jam tangan, tali pinggang, beg sandang, hand bag, dompet. macam-macam jenis. rambang mata tengok. aku pun try la beli kat dia. tali pinggang saiz besar dan panjang. hah memang kena dengan perut aku. aku beli dua, satu coklat satu hitam.

kepala tali pinggang

bahagian depan

bahagian belakang



sekarang ni dah lebih enam bulan aku pakai. so far okay. tak nampak tanda-tanda nak pecah, terkeluar ke ape ke. elok je lagi. murah pun murah. tahan lama plak tu. masih nampak baru. bukan kulit original lah tapi tetap tahan lama. masih tak nampak tanda aku nak kena beli tali pinggang baru. haha. thank you pak itam sebab jual kat aku barang pasar malam tapi berkualiti.

kalau korang nak beli silalah datang pasar malam puchong utama hari selasa. cari kedai yang jual beg-beg, tali pinggang, dompet, hand bag. nak repair jam pun boleh. hehe. sepasang suami isteri dan kadang-kadang anak perempuan diorg ada gak. gambar takde pulak. hehe. nanti aku upload kat sini ok.

sekian.

0 comments:

Post a Comment