Home » » SIAPA SAYA?

SIAPA SAYA?

Written By Unknown on Wednesday 8 October 2014 | 18:00

tak kenal maka tak cinta... so jom berkenalan dgn saya...

bukan insan hebat, bukan insan luar biasa, bukan insan istimewa...

Nama panjang Suharmi,
nama pendek Mie,
suka makan nasi suka makan meggi,
asal penang tapi bukan anak mami

tempat lahir bukit mertajam,
mak ayah asal bagan dalam,
anak ketiga bukan anak keenam,
ada 4 beradik semua putih tak dak yang hitam

lahir tahun 1987,
tahun ni umur pun dah 27,
anak baru seorang niat nak tambah tujuh,
isteri ku senyum tapi nampak macam mengeluh

sekolah rendah saya Sek Keb Juara,
pegi sekolah naik basikal,
darjah 4 dah start pakai spek mata,
kepala selalu kena luku sebab nakal

sekolah menengah pulak High School BM
tingkatan 5 ambik SPM
study gila2 10 A aku aim,
tapi dpt 5A 5B ok la tu alhamdulillah amin

habis SPM masuk matrikulasi,
kali pertama duduk jauh dgn family,
baru faham erti hidup berdikari,
basuh baju sidai baju semua buat sendiri

UiTM Arau pelajaran disambung,
kawan ok lecturer pun tak sombong,
kos kimia gunaan bukan buat bom,
kenal dgn seorang awek dia memang de bom

kahwin ketika umur 25,
masa kapel cinta pandang pertama,
nama manja isteri ku ialah nana,
moga kekal bahagia sampai bila-bila

cita-cita nak jadi doktor,
tapi dpt kerja main dengan kaler,
next target nak jadi master coordinator,
kena rajin kalau malas tak dapat le

akhir kata sampai di sini
harap terhibur senyum nampak gigi
mohon maaf susun sepuluh jari
salah dan silap jgn simpan dalam hati

0 comments:

Post a Comment