Home » » 10 sebab kenapa orang merokok

10 sebab kenapa orang merokok

Written By Unknown on Sunday 15 June 2014 | 18:21

jumlah perokok semakin lama semakin ramai. tak kira tua muda lelaki perempuan. agak2 kenapa diorg merokok? jom kita tgk 10 sebab kenapa orang merokok secara umum.

1. pengaruh rakan sebaya - selalunya berlaku di sekolah menengah. lagi ramai kawan yg merokok, lagi mudah nk terpengaruh. kadang2 mereka dicabar. kalo tak merokok bukan geng diorg. so merokok lah utk jadi geng. biasanya, pelajar yg aktif dalam sukan tidak mudah terpengaruh utk merokok.

2. pengaruh keluarga - anak2 tgk ayah hisap rokok, atau terdedah dgn asap rokok di sekeliling mereka, akan lebih mudah terpengaruh utk merokok. kadang2 adik tgk abang hisap rokok, adik pun nk try.tgk atok hisap rokok daun, nk try jugak. mula dgn rokok daun, pastu melarat ke rokok dunhill.

3. pengaruh 'cool lifestyle' - bg sesetengah org, mereka merokok utk tunjuk bahawa mereka adalah 'cool', or so they think so. especially remaja lelaki, jalan2 tgh bandar, sambil rokok di tgn, hembus asap rokok, mereka fikir itu adalah cool. akibat pengaruh movie, iklan, drama tv, mereka pun terikut-ikut. mereka rasa mereka dewasa apabila merokok.

4. sifat pantang dicabar - sesetangah manusia ada sikap pantang dicabar atau sikap hidup mesti berani. akibat sikap inilah, mereka merokok utk menunjukkan mereka ada lifestyle yg challenging. kan lebih bagus kalau terlibat dalam sukan yg challenging. byk faedah.

5. keyakinan diri dalam kelompok masyarakat - remaja yg kurang kawan, kurang aktiviti sosial, kurang terlibat dgn dunia luar, akan cuba merokok utk tunjuk yg mereka berani atau mereka juga boleh buat apa yg org lain buat. tanpa bimbingan yg betul mereka mudah terjebak dgn rokok.

6. utk kurus atau kurangkan berat badan - ada yg percaya merokok dpt kurangkan berat badan. mereka akan cuba berdiet dg merokok. kurangkan makan nasi, lebihkan merokok. ternyata cara ini salah OK, lebih baik kurangkan berat badan dgn bersenam, pemakanan seimbang atau makan supplement yg sesuai.

7. dadah - selalunya org yg hisap ganja, minum arak, atau menggunakan dadah yg lain, akan merokok kononnya utk mengurangkan bahaya terhadap badan mereka. atau utk mengurangkan ketagihan terhadap dadah yg mereka gunakan.

8. melepaskan tekanan - hidup ini bosan atau tekanan hidup terlalu hebat menyebabkan manusia cenderung utk merokok. bg mereka, merokok dpt menghilangkan bosan atau, meredakan tekanan yg dihadapi buat seketika. semakin bosan, atau semakin tertekan, lebih byk lah rokok yg akan dihisap.

9. pengaruh keadaan sekeliling - mengikut kajian dan pemerhatian, remaja yg hidup di dalam keluarga miskin atau ibu bapa yg taraf pendidikan rendah, anak2 mereka lebih mudah terpngaruh utk merokok. walaupun tidak terpengaruh secara langsung, tetapi kesannya agak mendalam

10. mudah - rokok ni mudah dilihat di mana2. malah, ahli keluarga terdekat pun merokok. memang ayah tak pernah ajar anak2 merokok. tapi, cuba fikir balik, kita sendiri yg ajar anak2 pergi beli rokok, lighter, dan kadang2 ada yg biarkan anak2 tlg nyalakan rokok. secara tak langsung semua tu anak2 dah tau dan dilatih sejak kecik lg. hanya rokok tu dimulut org lain, bukan mulut mereka


mari berhenti merokok sebelum terlambat. ;)


Mie gebu,
Founder : Vita Cravers
0196346216,
Shaklee id 1025051,
FB page : www.facebook.com/vitacravers13 , www.facebook.com/mariberhentimerokok13
email : vitacravers13@gmail.com


0 comments:

Post a Comment